Wednesday, 10 May 2017

Ketumbuhan Di Payudara Hilang Dalam Tempoh 3 Minggu

Wanita dinasihatkan untuk memeriksa payudara sendiri sesudah sahaja habis kitaran haid pada setiap bulan. Dengan cara ini, sebarang kejanggalan pada payudara dapat dikenalpasti. Tidak semua benjolan di payudara itu adalah kanser. Ada banyak sebab atau punca benjolan atau ketumbuhan di payudara. 


pengedar shaklee bandar sri damansara

Antaranya adalah :
  1. Kanser payudara : benjolan selalunya tidak disertai dengan kesakitan di payudara. Sesetengah pesakit mempunyai perubahan pada kulit seperti kemerahan (erythematous), kulit tegang, atau tertarik kelihatan seperti lesung pipit (dimpling). Benjolan keras yang kekal atau membesar tidak berkaitan dengan putaran haid atau dikalangan wanita menopause.
  2. Fibroadenosis : Ini adalah satu ketumbuhan bukan kanser (benign). Benjolan selalunya berbiji-biji, kadangkala beserta dengan sakit dan saiz akan berubah-ubah mengikut kitaran haid.
  3. Galactocele (bengkak susu) : Benjolan yang terjadi di kalangan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak.
  4. Breast cyst : benjolan yang lembut. Boleh diketemui di kalangan semua umur pesakit.
  5. Fibroadenoma : ketumbuhan yang sering berlaku dikalangan wanita berusia kurang dari 30 tahun. Biasanya tidak mendatangkan kesakitan dan pesakit akan merasa seperti biji guli di payudara
sumber 

Puan Zamzakidah juga salah seorang yang pernah mempunyai ketulan di payudara dengan simptom darah merah kehitaman keluar melalui nipple beliau. Allahu, kita sebagai seorang wanita memang sangat takut benda tersebut terjadi pada kita. Nauzuillahiminzalik. Rasa macam dunia gelap seketika.

Tapi beliau tidak terus meratapi nasib, tapi terus berikhtiar sebaik mungkin dengan doktor pakar dan pada masa yang sama juga mencuba supplement vivix sebagai ikhtiar.

Vivix merupakan minuman yang sangat tinggi dengan antioksidan. Resveratrol yang terdapat didalamnya mampu untuk mencegah sel2 kanser dari merebak.

Jom sama2 kita baca kisah beliau.

[DOKTOR SAHKAN KETUMBUHAN DI PAYUDARA HILANG SETELAH 3 MINGGU AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE]

Assalamualaikum, Saya Zamzakidah Binti Abdul Hamid ingin berkongsi 1 pengalaman yang tak pernah terjangka oleh fikiran saya pada suatu ketika dulu dan sebagai seorang wanita, sesiapa pun tidak inginkan apa yang pernah saya alami.

Pada Julai 2014, ya pada tahun 2014, sudah hampir 3 tahun perkara ini berlalu. Tapi tak pernah saya lupakan dalan lipatan sejarah kehidupan saya apabila saya telah menerima ujian hebat dengan mengalami simptom-simptom pengidap BARAH PAYUDARA. Allahuakhbar ,betapa dunia saya terasa gelap seketika waktu itu.

Bermula dengan lelehan cecair yang berwarna merah kehitaman yang keluar dari ‘nipple’ payudara sebelah kanan adalah permulaan saya menyedari masalah yang saya hadapi. Bukan cecair biasa, tapi berdasarkan dari warna dan bau cecair tersebut confirm DARAH. Pada yang tak boleh bayangkan macam mana rupanya, saya lampirkan sekali untuk anda. Tanpa rasa sakit atau ada bonjolan disekitar payudara, tetiba boleh jadi macam ni. Boleh bayangkan tak perasaan saya masa tu. Memang sangat panik.

Keesokkan hari, saya terus mendapatkan pemeriksaan di hospital yang berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi walaupun ada perasaan takut jugak sebenarnya. Hasil daripada pemeriksan dan imbasan ULTRASOUND & MAMMOGRAFI yang dijalankan oleh doktor pakar, terdapat 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER QUADRANT' di sebelah kanan payudara saya. Doktor terus menetapkan 1 lagi tarikh untuk saya menjalankan ujian BIOPSI untuk mengambil sampel sebahagian tisu untuk mengenalpasti jenis ketulan tersebut. Dan hasil ujian itu, ketulan ketumbuhan pada payudara saya adalah SEL BUKAN DARI KUMPULAN KANSER. Alhamdulillah, tetapi doktor tetap mencadangkan kepada saya untuk menjalankan pembedahan untuk membuang 2 ketul ketumbuhan itu supaya ianya tidak menjadi potensi untuk terjadinya kanser payudara.

Atas pandangan dan nasihat sahabat merangkap upline saya, VIVIX adalah satu-satunya alternatif dan usaha saya untuk mengurangkan risiko menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hari pembedahan. Dan setelah hampir 3 minggu konsisten mengamalkan Vivix, hari yang mendebarkan telah tiba. 21 Ogos 2014, sebelum ke dewan bedah saya di bawa sekali lagi untuk membuat pemeriksaan imbasan Ultrasound.

Allahuakhbar !!! Ketumbuhan yang 2 ketul tu dah tinggal 1..puas doktor mencari mana hilangnya yang seketul lagi. Confirm tak ada!!! Dan yang tinggal 1 sahaja itu pun saiz nya dah kecil dari saiz asal haritu. (tak tau nak react macam mana..tapi nangis jugak la, sebab Allah permudahkan semuanya untuk saya). Jadi, pembedahan tetap di jalankan juga untuk membuang 1 sahaja ketumbuhan yang masih tinggal. Nasib baik la kan, kalau tak mesti kena tebuk 2 tempat. Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan yang tak sampai 1 jam pun operasinya.


pengedar shaklee bandar sri damansara

Inilah Shaklee Story saya untuk tatapan semua. Untuk yang masih ragu-ragu dengan Vivix Si Tonik Ajaib, ini adalah kisah benar saya bersama Vivix. Bagaimana Vivik membantu saya menghadapi saat-saat kemurungan saya untuk seketika. Dan Vivix juga lah yang membuat saya kembali tersenyum gembira. Untuk membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, Vivix adalah pilihan yang terbaik.


Terima Kasih Vivix Terima Kasih Shaklee.

Supplement dah jadi satu keperluan dah sekarang ni. Sebabnya kita bukan perlukan semasa kita sakit je, tapi semasa kita sihat juga sangat digalakkan untuk amalkan supplement untuk pastikan tubuh badan kita sentiasa sihat dan terhindar dari segala penyakit yang berbahaya apatah lagi dengan segala jenis makanan dan gaya hidup zaman sekarang. 

Cik Am adalah pengedar Shaklee yang aktif di Bandar Sri Damansara. 

Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.  

pengedar shaklee bandar sri damansara

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

pengedar shaklee bandar sri damansara

Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara
FB Page : Vita World Shop  
HP : 0122570456
IG : nooramanie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...