Monday, 30 September 2013

OsteMatrix Shaklee


  • Mengekalkan tekanan darah normal
  • Menolong pengecutan otot dan saraf
  • Mengurangkan symptom PMS seperti kembung, kejang, bengkak air, baran dan kemurungan
Perbezaan Shaklee:
Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.
Manfaat OsteMatrix 


Kenapa OsteMatrix Shaklee? 


Siapa Perlukan OsteMatrix Shaklee? 


Keistimewaan OsteMatrix Shaklee



Testimoni 1


Testimoni 2


Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Trusted Healthy & Beauty Consultant

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @vitaworldshop1

Carotomax Shaklee


  • Sumber Vitamin A dari buah dan sayuran
  • Menggalakkan kesihatan  mata, prostat, serviks, paru-paru dan jantung
  • Menghalang kanser dan penuaan
Perbezaan Shaklee:
Pengambilan purata karotenoid lutein, likopena, and beta karotena adalah hanya 8mg. CaratoMax membekalkan lebih 13mg (21,500IU) karotenoid berfaedah ini.
CaratoMax baru ini mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll. Ahli Nutrisi mencadangkan pengambilan 5 – 9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah. seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.
Manfaat Utama : 

Mengapa Carotomax Shaklee? 


1 Hidangan Carotomax bersamaan dengan : 


Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Trusted Healthy & Beauty Consultant

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @vitaworldshop1

Saturday, 28 September 2013

VITAMIN-E SHAKLEE


Vitamin E Shaklee
  • Menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit
  • Mengurangkan risiko sakit jantung
  • Menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan
  • Anti-oksidan – menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas
  • Melindungi jantung – Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan kolestrol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet darah melekat kedinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dll.
  • Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif – Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU – 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
  • Anti-Penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis haluls, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihakan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
  • Anti-Oksidan yang Kuat – Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan utnuk melawan kanser, mengukuhkan system imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.
  • Kelestarian Tenaga – Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.
  • Memperbaiki Arthritis – Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.
  • Menghalang Keguguran – Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.
  • Memperbaiki Parut – Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada kula untuk mengurangkan kesan parut.
Perbezaan Shaklee:
Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E Shaklee yang paling lengkap dipasaran.
Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.
Manfaat Utama:
Nota: Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan vitamin E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas.
Adakah Anda Mengambil Vitamin-E dengan cukup?
Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas: 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam, 500g badam.
Apakah Vitamin-E Selamat?
Di Dalam buku “Prescription For Longevity” yang ditulis oleh Dr. James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% and strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3,200IU.
Cadangan:
Untuk pemeliharaan kesihatan: 1 kapsul sehari (selepas makan)
Untuk anti-penuaan dan system reproduktif: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali
Menentang kanser dan mengurangkan parut: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali
Vitamin E Shaklee (alpha, beta, gamma, delta). Ianya adalah Vitamin E Shaklee terlengkap di pasaran
KANDUNGAN VITAMIN-E

Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Trusted Healthy & Beauty Consultant

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @vitaworldshop1

Friday, 27 September 2013

Omega Guard Shaklee


  • Menggalakkan pertumbuhan mental untuk dewasa dan kanak-kanak
  • Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah
  • Mengurangkan risiko kanser payudara, prostat dan usus 
  • Mengurangkan radang sendi
Perbezaan Shaklee:

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia.


Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.


Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB  (polychlorinated biphenyl -merupakan bahan kimia industri  yang sangat toksik).
Manfaat utama:
  • Asid lemak – omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok – DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myicardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori -DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan tetina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.
  • meningkatkan system imun dan menyihatkan paru-paru – mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang kanser – kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih effektif.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) – Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective.
  • Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan – Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.
American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (Playing cards) sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.
Kenapa ikan laut air dalam?

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia: Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.


Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.


Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan: ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.
Sendawa bau hanyir ikan?

Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan, disarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan atau bila perut kosong.


Siapa yang patut mengambil minyak ikan? Minyak ikan melincirkan salur darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan yang hamil yang sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.
Cadangan:
Untuk penjagaan kesihatan : 1 kapsul setiap hari
Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Trusted Healthy & Beauty Consultant

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @vitaworldshop1

Monday, 23 September 2013

ESP Shaklee



  • Membekalkan tenaga
  • Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
  • Penting untuk kanak-kanak, ibu menyusukan anak dan mereka yang sedang pulih dari sakit
Perbezaan Shaklee:
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
ESP Shaklee / Energizing Soy Protein (ESP) ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” ( non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP Shaklee / Energizing Soy Protein (ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
ESP Shaklee / Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee ini  merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.
Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
Tahukah Anda?
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggal manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amat penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP Shaklee / Energizing Soy Protein (ESP) dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.
Manfaat Utama:
  • Awet Muda – Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk Hormon – kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik Untuk Prostat – Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit Remaja – Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga – Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • Membaiki Pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki Memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
Kepentingan Protein
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein . Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.
Apa itu asid amino? 
Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.
Shaklee menggunakan peroses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.
Rekomendasi :
2 – 3 kali sehari, 2 sudu besar (perut kosong) (boleh campur dengan Meal Shakes dan Performance Drink Shaklee. 
Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Trusted Healthy & Beauty Consultant

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @vitaworldshop1

Sunday, 22 September 2013

Alfalfa Shaklee



  • Kaya dalam nutrisi dan mineral surih
  • Mengurangkan toksin 
  • Melegakan rasa kebas dan sakit sendi
  • Merendahkan kolestrol 
  • Mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan
Perbezaan Shaklee:
Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an
Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan“. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.
Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet alfalfa Shaklee  mengandungi 300mg.
MANFAAT UTAMA : 

Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi – Alfalfa telah digunakan manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.
  • Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan Alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  • Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor. 
  • Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
  • Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan
KEBAIKAN ALFALFA
Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
Melegakan sakit sendi dan belakang.
Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
Merawat arthitis
Bagus untuk elergi dan ekzema
Merawat asthma
Mencuci usus bagi membuang toksik
Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
Meneutralkan asid dalam badan
Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
Meningkatkan stamina seorang suami
Melegakan sembelit
Membuang angin dalam badan
merawat gout
keintiman
 MILK BOOSTER

REKOMENDASI ALFALFA SHAKLEE :  
Untuk kesihatan berpanjangan : 2 kali sehari – 3 biji setiap pengambilan / 5 biji setiap pengambilan
Larutkan 10 biji Alfalfa Shaklee di dalam air, campurkan 3 biji Shaklee Peppermint-Ginger dan jus buahan atau jus pekat untuk rasa yang lebih enak. Ia baik untuk sistem usus dan perut. Sesuai untuk diminum pada bila-bila masa.
Untuk pencucian usus dan detoksifikasi, mencuci darah, melawan kanser : 3-4 kali sehari, 10 biji setiap pengambilan (di ambil dengan air kosong)
SIAPA YG MEMERLUKAN ALFALFA COMPLEX?

SET YG MENGANDUNGI ALFALFA
Slimming Bajet : ALFALFA + Herblax + Lecithin
Set ibu menyusu (Milk Booster) : ALFALFA + Vitalea + B-compex + Vita C + ESP
Keintiman suami isteri : ALFALFA+ Vitamin E
Resdung, alahan, eczema : ALFALFA+ B-complex + Vitamin C
Wanita mantap : ALFALFA+ Vitamin E + GLA complex
Kulit cantik / atasi masalah jerawat : ALFALFA+ Vitamin E + Vitamin c
Kesuburan / ingin hamil : ALFALFA + Zinc + GLA complex
 Melancarkan pembuangan toksin : ALFALFA + Herb lax

Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Trusted Healthy & Beauty Consultant

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @vitaworldshop1

VIVIX Shaklee





  • Penemuan hebat anti-penuaan selular 
  • Menyokong kesihatan jantung, otak, sistem imun dan sendi 
  • Meningkatkan tahap tenaga selular dan membaiki sel pada tahap selular 
Vivix merupakan supplement anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat No. 1 supplement makanan di Amerika 

Di dalam kajaian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap selular. 

4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular 

Kerosakan DNA 
  • Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan2 ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yg asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.  
  • Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA
Pengawalan Genetik 
  • Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular 
  • Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yg menolong melambatkan penuaan tahap sellular. 
Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-sel 
  • Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan motochondria menurun, fungsi sel turut menurun. 
  • Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) motochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel. 
Penimbunan Protin AGE 
  • Penimbunan berlebihan protin AGE (advenced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan penjang umur
  • Ramuan Vivix adalah 10x lebih kat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukan protin AGE. 
Manfaat Utama Vivix 
  • Membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan 
  • Membantu meningkatkan metabolisma 
  • Membantu mengekalkan kesihatan kardiovaskular 
  • Membantu mengurangkan risiko pembekuan darah 
  • Membantu mencegah masalah jantung dan stroke 
  • Membantu badan mengekalkan sistem imun yang sihat 
  • Antioksidan yang kuat untuk membantu melawan radikal bebas yang berbahaya
  • Membantu menggalakkan panjang umur 
  • Membantu mengurangkan keradangan 
  • Membantu mengekalkan tahap kolestrol yang sihat 
  • Membantu menggalakkan paras gula dalam darah yang sihat 
Juga menolong membantu menjaga / memelihara : 
  • Kesihatan jantung 
  • Kesihatan otak 
  • Kesihatan sistem imun 
  • Kesihatan sendi 
  • Perlindungan antioksidan 
  • Peningkatan tenaga pada tahap sellular 
  • Kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh 
Siapa yang Memerlukan Vivix? 
  • Pesakit Diabetes 
  • Arthiritis 
  • Pesakit Gout 
  • Pesakit kanser yang telah menjalani kemoterapi 
  • Orang yang rabun mata / golongan yang mempunyai masalah selaput mata - perlukan antioksidan yang tinggi 
  • Golongan yang mementingkan kesihatan badan optimum 
  • Atlet atau individu yang aktif bersukan 
  • Anti-penuaan 
  • Golongan yang menghidap kanser atau berisiko mengidap kanser akibat keturunan atau kegagalan fungsi mana2 organ 
  • Pesakit SLE 
  • Pesakit jantung 
  • Pesakit darah tinggi 
  • Pesakit stroke 
  • Wanita yang mempunyai cyst 
  • Golongan yang mempunyai badan yang lemah 
  • Perokok tegar 
  • Ketagihan dadah 
  • Ibu dan bapa yang sibuk bekerja seharian menguruskan anak2 dan tanggungjawab
Bagaimana Vivix Bertindak? 

Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil supplement lain. Ini kerana harganya agak mahal. Namun sebenarnya, Vivix boleh diambil dengan supplement Shaklee yang lain kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. Cara Vivix bertindak adalah dengan : 
  1. Mempertahankan sel  ( cell defense)
  2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy) 
  3. Membaiki sel (cell repair)
  4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)
Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Trusted Healthy & Beauty Consultant

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @vitaworldshop1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...